Monday, 3 August 2015

RESEPI GULAI IKAN MASIN DENGAN NENAS

Resepi Gulai Kuning Ikan Masin


Bahan-bahan:

-ikan masin, ikan kurau atau ikan cencaru masin(dipotong kecil dan direndam sekejap)
-5 ulas bawang merah*
-lengkuas*
-halia*
-5 biji lada kering*
-ketumbar*
-kunyit hidup*
-setengah biji nenas(dipotong kecil2)
-sebiji timun(dipotong kecil2)
-sebiji lada merah(dibelah dua tapi jngn putus)
-sebiji lada hijau
-satu kotak santan (akak guna jenama KARA)

Cara membuat :

1)Kisar semua bahan yng bertanda * dan tumis sehingga pecah minyak.
2)Masukkan secawan air dan dikacau perlahan-lahan.
3)Seterusnya campurkan satan kotak sambil dikacau perlahan2
4)Masukkan ikan, timun, nenas,dan cili yng telah dipotong tadi.
5)Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
6)Kemudian boleh dihidangkan :)















 

Sunday, 2 August 2015

PUDING TRIFLE SIMPLE

                                RESEPI PUDING TRIFLE SIMPLE


    Assalamualaikum,
Huhuhu..., dah lama menyepi akibat kekangan masa. Ye laa mana taknya, hantar amik anak, masak lagi, kemas rumah. Hari ni terpaksa "mencuri masa" utk buka blog yg dh "berhabuk" nih... So, saya nk share satu resepi yg mudah dan ringkas utk disediakan.Resepi ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. So here we go....

                    


Bahan A:
  -kek gulung secukupnya
  -buah tin coctail(air)

  
Cara membuatnya:

1) Potong swiss roll/kek gulung mengikut kehendak masing2 dan susun di dalam bekas..
2)Buah cocktail diasingkan drp airnya.
3)Air buah coctail jgn dibuang tapi diguna utk melembapkan kek gulung yang ad dalam bekas tadi.
4)Kemudian renjiskan air coctail tadi ke atas kek gulung supaya lapisan kek gulung agak lembut.

Bahan B:
  -Satu senduk gula
  -satu tin susu cair
  -dua cawan air
  -buah coctail

Cara membuat bahan B:

1)Didalam periuk campurkan susu cair dan secawan air beserta dgn gula dan didihkan
2)Tepung kastard dibancuh dgn secawan air lagi di dalam bekas yg berasingan.
3)Masukkan bancuhan tadi kedlm periuk sambil dikacau hingga jadi pekat.
4.Adunan tadi dicurahkan keatas kek gulung yang telah siap disusun


Bahan C:
  -Jelly krystal (jenama NONA)

Cara membuat bahan C:

1)Anda boleh merujuk di belakang kotak NONA. Setelah selesai, tuang ke atas adunan kastad tadi.
2)Selepas itu taburkan buah-buah cocktail keatas jelly sebelum jelly itu mengeras.
3)Sejukkan dalam peti ais.





Chingg chinggg.... Inilah hasilnyaa. Akak sekali buat memang bnyak, maklumlah anak 6 orng. Hihihi selamat mencuba.


               


















Akak juga menerima tempahan puding trifle di kawasan Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.
Utk maklumat lanjut boleh contact akak melalui whatsapp atau email.

--0197904439
--ramlahazahar68@gmail.com